Ads 468x60px

Memaparkan catatan dengan label PENGENALAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGENALAN. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2012

Part 1 PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN


SEJARAH PERAKAUNAN

meyimpan rekod telah mula dikesan sejak 8500 s.m. butir-butir tanah liat yang terbentuk kon,sfera dan disk mewakili barang-barang dagangan seperti kambing biri-biri, roti, minyak telah digunakan di Timur Tengah untuk menyimpan rekod. Butir-butir tanah liat ini biasanya disimpan dalam bekas ketat tanah liat yang dikenali sebagai ‘bullae’. Bullae bertindak sebagai invois yang digunakan sekarang. Bullae merupakan bil senarai barang-barang dagangan kapal yang pertama.

PERBEZAAN DI ANTARA SIMPAN KIRA DENGAN PERAKAUNAN DIBERI DI BAWAH:

SIMPAN KIRA
PERAKAUNAN
      Simpan kira adalah proses pertama dalam perakaunan
Perakaunan merangkumi bahagian Simpan Kira
      Proses ringkas yang melibatkan debit atau kredit
Merangkumi bidang yang lebih luas daripada Simpan Kira 
              
       Merupakan suatu prosedur merekod maklumat Perakaunan
Merupakan kerja-kerja merekod, mentafsir, megklasifikasi dan menganalisis maklumat Perakaunan

Part 2 PENGENALAN

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET

  • Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
      • Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
      • Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.
      • Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

2. Aset Semasa

      • Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
      • Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
      • Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.

Part 3 PENGENALAN

HASIL 
  • Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Hasil Kendalian

      • Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
      • Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.
2. Hasil Bukan Kendalian
      • Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan.
      • Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.