Ads 468x60px

Rabu, 18 April 2012

part 1 PENYATA PENGELUARAN

AKAUN PENGELUARAN

KONSEP KOS
- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
1. Kos Tetap
- Atau disebut sebagai kos malar.
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
2. Kos Berubah
- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.



ELEMEN KOS PENGELUARAN
1. Kos bahan mentah
o Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.
o Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah
o Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.
2. Kos buruh langsung
o Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
o Contoh; gaji kilang, upah kilang, buruh langsung.
3. Belanja Langsung
o Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
o Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.

0 ulasan:

Catat Ulasan