Ads 468x60px

Rabu, 18 April 2012

Part 2 PERKONGSIAN

Ekuiti Pemilik
Ø Ekuiti pemilik merupakan tuntutan pemilik ke atas asset bersih perniagaan.
Ø Dalam perkongsian, ekuiti pemilik ialah modal setiap pekongsi terdiri daripada modal awal yang disumbangkan, modal tambahan dan bahagian untung yg dilaburkan semula ke dalam perkongsian.
Ø Setiap ambilan yg dibuat akan mengurangkan ekuiti pemilik
Ø Terdapat dua kaedah utk merekodkan ekuiti pemilik;
1. Kaedah Modal Berubah
o Hanya Akaun Modal bagi setiap pekongsi dibuka tanpa Akaun Semasa
o Menunjukkan jumlah modal yg disumbangkan, ambilan, bahagian untung atau rugi pekongsi dari satu tempoh ke satu tempoh tertentu.



2. Kaedah Modal Tetap
o Akaun Modal dan Akaun Semasa dibuka bg setiap pekongsi.
o Menunjukkan Akaun Modal dengan baki tidak berubah, iaitu sumbangan modal bg setiap pekongsi sebenarnya.
o Ambilan dan bahagian untung atau rugi akan dipindahkan ke Akaun Semasa setiap pekongsi.

ü Hanya menunjukkan modal yg disumbangkan oleh pekongsi. ( Kredit)

ü Butir tuntutan perkongsian terhadap pekongsi (akan mengurangkan modal) –Debit (dt) ; ambilan, faedah atas ambilan dan pembahagian rugi.
ü Butir tuntutan pekongsi terhadap perkongsian (akan menambahkan modal) –Kredit (kt) ; pembahagian untung, gaji/bonus/elaun, faedah atas modal dan pinjaman.

1. FAEDAH ATAS AMBILAN
ü Akaun Semasa (dt) – tuntutan perkongsian terhadap pekongsi.
ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (kt) – hasil kepada perkongsian.

2. FAEDAH ATAS MODAL
ü Akaun Semasa (kt) – tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.
ü Akaun Pengasingan Untung Rugi (dt) – belanja kepada perkongsian.

0 ulasan:

Catat Ulasan