Ads 468x60px

Latar Belakang

Latar Belakang

1. Kerajaan telah membuat keputusan bahawa setiap badan berkanun mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan satu pakej sistem prakaunan yang standard. Pakej sistem perakaunan yang telah dipilih untuk tujuan tersebut ialah Standard Accountiing System for Government Agencies atau ringkasnya SAGA. Pakej tersebut telah dibangunkan secara kerjasama diantara Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara dan Pakar perunding yang telah dilantik oleh Kerajaan.


2. Kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan satu pakej standard yang terdapat dipasaran dan diubahsua untuk memenuhi keperluan badan-badan berkanun. Dengan adanya pakej perakaunan ini maka transaksi kewangan dapat direkodkan serta-merta dan akaun ditutup pada setiap hari. Ini bagi memastikan akaun badan-badan berkanun sentiasa kemaskini dan laporan-laporan kewangan pada bila-bila masa yang diperlukan.

3. Sistem perakaunan standard akan menggunakan format-format laporan perakaunan sergam yang telah ditetapkan oleh Kerajaan melalui pekeliling-pekeliling mengenainya yang sedang berkuatkuasa. Perkara-perkara berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Kewangan Badan-badan berkanun adaalah mengikut Pekililing Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1994 bertajuk "Garis Panduan Untuk Penyediaan danPembentanganLaporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan-badan berkanun Persekutuan" dan "Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1995 bertajuk " Penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Dan Prestasi Badan-badan Berkanun Persekutuan".


4. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1994 antara lain telah menetapkan dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan dibentang kepada Kerajaan dan Parlimen dalam masa satu tahun 1995 pula mensyaratkan bahawa satu Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi hendaklah disediakan oleh Badan-badan berkanun untuk dibentangkan kepada Kerajaan dalam tempoh satu bulan selepas berakhirnya tahun kewangan. Penyediaan dan pembentangan laporan ringkasan ini akan memastikan bahawa setiap badan berkanun mematuhi prinsip akaunabiliti dan membekalkan maklumat mengenai prestasi kewangannya secara cepat dan tepat pada masa yang ditetapkan.