Ads 468x60px

Rabu, 18 April 2012

Part 3 PENGENALAN

HASIL 
  • Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Hasil Kendalian

      • Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
      • Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.
2. Hasil Bukan Kendalian
      • Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan.
      • Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.




BELANJA

  • Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
  • Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Belanja Kendalian
      • Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
      • Contoh; sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.
2. Belanja Bukan Kendalian
      • Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
      • Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.

0 ulasan:

Catat Ulasan