Ads 468x60px

Rabu, 18 April 2012

Part 2 PENGENALAN

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET

  • Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
      • Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
      • Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.
      • Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

2. Aset Semasa

      • Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
      • Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
      • Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.




LIABILITI

  • Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)
      • Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
      • Contoh; pinjaman bank, gadai janji. 
2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)
      • Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.
      • Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.

EKUITI PEMILIK

  • Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
  • Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
  • Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
  • Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  • Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
  • MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN

Conton Pendapatan

0 ulasan:

Catat Ulasan