PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL
PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUAN
Perakaunan Asas Tunai | Perakaunan Asas Akruan |
Untung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan. | Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat. |
Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatan | Firma besar (urus niaga secara kredit) |
Hasil Diterima – Belanja Dibayar = Untung | Hasil sepatutnya – Belanja terlibat = Untung |
PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN
1. Belanja Terakru (belanja belum bayar)
§ Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.
2. Belanja Terdahulu
§ Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.
3. Hasil Terakru (hasil belum terima)
4. Hasil Terdahulu
- Hasil yang diperolehi bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi telah diterima dalam tempoh perakaunan semasa.
Catatan Jurnal | Akaun Untung Rugi | Kunci Kira-Kira | |
Belanja Terakru | Dt Belanja Kt Belanja Terakru | Tambah | Liabiliti Semasa |
Belanja Terdahulu | Dt Belanja Terdahulu Dt Belanja | Tolak | Aset Semasa |
Hasil Terakru | Dt Hasil Terakru Kt Hasil | Tambah | Aset Semasa |
Hasil Terdahulu | Dt Hasil Kt Hasil Terdahulu | Tolak | Liabiliti Semasa |
5. Hutang Lapuk
- Hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang.(belanja)
- Disebabkan oleh:
o Penghutang tidak mampu membayar hutangnya
o Penghutang meninggal dunia
o Penghutang tidak dapat dikesan / menghilangkan diri
o Penghutang diisytiharkan muflis
- Hutang lapuk ditolak daripada jumlah penghutang dan dihapuskan sebagai kerugian.
- Penghutang Bersih = Penghutang – Hutang Lapuk
6. Hutang Lapuk Terpulih
- Seorang penghutang yang hutangnya telah dihapuskan sebagai hutang lapuk tiba-tiba membayar balik hutangnya. (hasil)
- Cara merekod;
o Membuka semula Akaun Penghutang dan Akaun Hutang Lapuk Terpulih
§ Dt Akaun Penghutang , Kt Akaun Hutang Lapuk Terpulih
o Hutang lapuk dibayar balik / penerimaan tunai.
§ Dt Akaun Tunai/Bank , Kt Akaun Penghutang
o Pindahkan Akaun Hutang Lapuk Terpulih ke Akaun Untung Rugi.
§ Dt Akaun Hutang Lapuk Terpulih , Kt Akaun Untung Rugi
7. Peruntukan Hutang Ragu
- Satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip. (belanja)
- Tujuan untuk;
o Memadankan hasil dengan belanja perniagaan
o Menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk
- Peruntukan Hutang Ragu = Kadar peruntukan x Penghutang Bersih
- Kadar peruntukan / peratus peruntukan hutang ragu berbeza-beza mengikut tempoh hutang. Semakin panjang tempoh hutang, semakin tinggi peratus peruntukan hutang ragu.
- Cara merekod terdapat tiga situasi;
o Peruntukan Hutang Ragu diwujudkan buat kali pertama
§ Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Peruntukan Hutang Ragu
o Menambahkan Peruntukan Hutang Ragu yang sudah diwujudkan (pertambahan Peruntukan Hutang Ragu – belanja)
§ Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Peruntukan Hutang Ragu
o Mengurangkan Peruntukan Hutang Ragu yang sudah diwujudkan (pengurangan Peruntukan Hutang Ragu – Hasil)
§ Dt Akaun Peruntukan Hutang Ragu , Kt Akaun Untung Rugi
0 ulasan:
Catat Ulasan