Ads 468x60px

Rabu, 18 April 2012

Part 2 PENYATA KEWANGAN


8. Susut Nilai dan Peruntukan Susut Nilai
  • Susut nilai – pengurangan nilai aset bukan semasa. Belanja susut nilai yang tidak dibayar dengan wang tetapi ditolak daripada kos aset bukan semasa berkenaan. (belanja)
  • Peruntukan Susut Nilai (Susut Nilai Terkumpul) – jumlah susut nilai terkumpul pada akhir setiap tahun perakaunan. (mengurangkan aset)
  • Sebab aset bukan semasa mengalami susut nilai;
o Kemerosotan fizikal – pudar, lusuh atau buruk
o Kesusutan – penggunaan yang berterusan
o Keusangan – tidak dapat digunakan akibat daripada perubahan teknologi
o Usia guna yang pendek akibat faktor masa – hak cipta
  • Kaedah pengiraan susut nilai terdapat tiga cara iaitu;
a. Kaedah Penilaian Semula
§ Aset bukan semasa dinilai semula pada setiap akhir tempoh perakaunan.
§ Jumlah susut nilai dihitung dengan membandingkan nilai aset bukan semasa pada awal tempoh dengan pada akhir tempoh perakaunan.
§ Susut Nilai = Nilai Aset Bukan Semasa awal – Nilai Aset Bukan Semasa Akhir
§ Sesuai untuk mengira aset bukan semasa yang bernilai rendah seperti alat-alat kecil.




b. Kaedah Garis Lurus/Ansuran Tetap
§ Susut nilai aset dikira pada kadar yang sama atau tetap sehingga akhir tempoh penggunaan aset berkenaan.
§ Susut Nilai = Kos Asal – Nilai Skrap
Usia Guna
§ Susut Nilai = Kos Asal x Kadar Susut Nilai Tahunan
§ Nilai skrap – nilai yang dijangka akan diperolehi setelah tamat usia guna aset tersebut. (nilai bakian)
a. Kaedah Baki Berkurangan
§ Dikira berdasarkan satu kadar yang tetap ke atas nilai buku aset pada awal tempoh perakaunan
§ Susut Nilai = Kadar Susut Nilai x (Kos Asal – Susut Nilai Terkumpul)
§ Jumlah susut nilai setiap tahun akan berkurang kerana susut nilai terkumpul semakin bertambah dan menyebabkan nilai buku aset semakin berkurangan.
§ Cara merekod;
a. Dt Akaun Susut Nilai Aset , Kt Akaun Peruntukan Susut Nilai Aset
b. Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Susut Nilai Aset
c. Akaun Susut Nilai dan Akaun Peruntukan Susut Nilai disediakan secara berasingan bagi setiap aset.
d. Dalam Kunci Kira-kira Peruntukan Susut Nilai akan ditolak daripada kos asal aset tetap.
§ Pelupusan Aset Bukan Semasa (penjualan aset bukan semasa)
a. Harga jualan melebihi nilai buku = untung atas pelupusan – dikreditkan dalam Akaun Untung Rugi (hasil).
b. Nilai buku melebihi harga jualan = rugi atas pelupusan – didebitkan dalam Akaun Untung Rugi (belanja).
9. Menilai Stok Akhir
  • Pilih nilai yang Terendah Antara harga Kos Atau harga Pasaran (TAKAP).
10. Stok Bekalan
  • Stok yang tidak habis digunakan pada tarikh imbangan.
  • Contoh;
· Bekalan alat tulis; kertas, pen, dakwat
· Kain, benang, jarum dan butang
· Alat solek dan syampu
  • Bayaran yang sudah dibuat untuk barang yang belum habis digunakan pada tarikh imbangan dianggap sebagai belanja terdahulu (aset semasa)
PENYATA KEWANGAN
1. Terdiri daripada;
a. Penyata Pendapatan :-
i. Akaun Perdagangan – untuk mencari untung / rugi kasar
ii. Akaun Untung Rugi – untuk mencari untung / rugi bersih
b. Kunci Kira-kira – untuk melihat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
2. Disediakan dalam format “T” atau penyata atau lembaran kerja.


12 ulasan:

Unknown berkata...

Jadi susut nilai ni dalam tambah hasil lah yer

Unknown berkata...

Jadi susut nilai ni dalam tambah hasil lah yer

Unknown berkata...

susut nilai dikategorikan sebagai belanja. hasil ialah peruntukan hutang ragu

Unknown berkata...

Kalau guna kaedah penilaian semula aset bukan semasa nak tolak susut nilai tak?

Unknown berkata...

,

Unknown berkata...

Unknown berkata...

kalau baki bekalan akhir macam mana ye? debit bekalan kredit tunai ke?

Nur Farra berkata...

salam, nk tnya kalau lengkapan belanja juga ke?

Unknown berkata...

Lengkapan-aset bukan semasa

Unknown berkata...

nk cari nilai buku cmne

. berkata...

dalam PKK, susut nilai perlu ditambah dengan susut nilai terkumpul ke?

. berkata...

Hai nak tanya susut nilai terkumpul ni masuk dAlam penyata kedudukan kewangan ke?

Catat Ulasan