AKAUN PENGELUARAN
KONSEP KOS
- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
1. Kos Tetap
- Atau disebut sebagai kos malar.
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
2. Kos Berubah
- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.