PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL
PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUAN
Perakaunan Asas Tunai | Perakaunan Asas Akruan |
Untung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan. | Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat. |
Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatan | Firma besar (urus niaga secara kredit) |
Hasil Diterima – Belanja Dibayar = Untung | Hasil sepatutnya – Belanja terlibat = Untung |
PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN
1. Belanja Terakru (belanja belum bayar)
§ Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.
2. Belanja Terdahulu
§ Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.
3. Hasil Terakru (hasil belum terima)
- Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.